Friday, 16 March 2012

Ceria-ceria lawak

Cerita Huruf 'P'...

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !
 
Dalam satu kedai emas, ada seorang perempuan
terkentut ketika menonggeng
melihat cincin...dia tersipu-sipu malu dan melihat
sekeliling untuk melihat
sesiapa ada berdekatan dengannya dan perasan
ada promoter kat
belakangnya..

Promoter : Boleh saya bantu?

... Perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la
yang dia kentut jadi dia pon
bertanyakan soalan sambil buat seperti tiada apa
yang berlaku..

Perempuan : Berapa harga cincin ini?

Promoter: Kalau tengok cincin ni pun boleh buat
puan terkentut, saya pasti
puan akan terberak bila tahu harganya..
 
 Anak : Bangunlah,kenapa kau x bangun penat aku hidup kan kau

Ayah : kenapa kau nangis tu?

Anak : Kawan adik mati..nk hidupkan pon x boleh

Ayah : Biar betul..cepat bagi tau keluarga dia..

Ayah menuju ke tempat kejadian

Ayah : kepala otak kau..mmglah ko nk hidopkan x boleh..bateri ko tu dah habis..pergi caj

p/s..rupa-rupanya handphone adik x dew bateri :(
 
 
Seorang lelaki menalifon hospital untuk
memberitahu yang isterinya nak
bersalin. Dan jururawat hospital menjawab
talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak
bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang
pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk... "
 
 
Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagiperkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
 

Thursday, 15 March 2012

Dunia signografi


SINOGRAFI TEATER

Terdapat beberapa elemen-elemen teater didalam dunia sinografi antaranya ialah

1.       
reka bentuk, rekacipta, rekaan artistik, latarhias, tatahias, tatacahaya, seni rupa, kostum; banyak lagi penamaan dan terminologi muncul dalam arena seni persembahan untuk menerangkan rekaan visual yang dapat dilihat dalam produksi seni persembahan seperti teater, tari, muzikal dan muzik. Di antara terminologi yang ada, sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susunatur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut.

2.
Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidah cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makan sesebuah persembahan.

3.
Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak kewujudan teater di zaman Greek dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi telah berlumba-lumba merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan teater. Konsep sinografi secara keseluruhannya belum pernah diaplikasikan kepada dunia seni persembahan di Malaysia, justeru itu projek ini ingin mengorak langkah sebagai projek perintis memperkenalkan sinografi sebagai satu elemen yang penting dalam penerbitan sesebuah persembahan.

4.
Projek ini akan menekankan disiplin sinografi seperti kajian terhadap ruang, naskah (skrip), dramaturgi, warna dan komposisi, pengarahan, aktor serta khalayak (audien) dengan menggunakan teknik dari naskah ke ruang. Projek ini ingin menguji sejauhmana berkesannya sinografi dalam sesebuah pementasan teater, adakah elemen-elemen sinografi ini boleh membantu penerbitan sesebuah produksi teater di negara ini.

Sajak

Add caption

Sajak

Mencari Ketenangan

Embun kelihatan tenang dikala hening pagi,
Alunan merdu ombak memukul pantai,
Ketenangan yang aku mencari tidak diketemui,
Dimanakah ia berada?

Adakah aku harus bertanya sama bulan mahupun bintang?,
Manipulasi yang aku harungi di zaman arena globalisasi,
Nur pasti menanti,
Setapak maju langkahku,
Aku harus mengejarnya,

Tatkala alunan azan subuh berkumandang,
Ayat-ayat suci diperdendang,
Tertusuk kalbuku,
Bersinar nur hatiku,

Inilah yang dinamakan ketenangan,
Yang selama ini aku mencarinya,
Sungguh tenang hatiku mendengarnya,
Lagi tenang melakukan fardunya.

skrip aq


Senarai Watak

Inderaputera ~Haikal Musa

Dewi Rathna~Syazwani Sharuddin

Ratu  Kesuma Alam~Bahiyah Aminuddin

Puteri Sinda Alam~Syazana Shaifuladzar

Din Meroyot~Ammar Darwisy










SKRIP

Kelihatan Inderaputera dan Dewi Rathna sedang menari gerakkan kreatif.

Inderaputera   :  Ayuhai adinda,rindu amat kanda pada dinda.Adakah dinda juga turut rindu pada kanda.

Dewi Rathna   :  Wahai kanda pujaan hati dinda,segan benar untuk menjawab pertanyaan sedemikian rupa.

Inderaputera    :  Untuk apa dinda segan,apa mungkin dinda tidak rindu sama kanda? namun hanya kita berdua sahaja disini…

Pak Meroyot cuba menyampuk.sound effect terkeut dibunyikan.

Pak Meroyot    :  Hah! Kalian buat apa berdua disini…berasmara ya!

Inderaputera     :  Cis,berdebah! jaga mulut Pak Meroyot telajak kata boleh diundur,telajak perahu buruk padahnya! hah! alasan apa pula yang Pak Meroyot ingin nyatakan?

Pak Meroyot    :  (berfiki)r  Tuanku hajat Pak Merot…

Inderaputera     :  Lihatlah sampai nama sendiri dilupakan…

Pak Meroyot     :  Maklumlah…sudah tua ..ada pesanan Tuanku kepada bonda…

Inderaputera      :  Kata dengannya beta akan berangkat untuk melamar Dewi Rathna…sebentar lagi..

Pak Meroyot      :  Titah dijunjung…tuanku!

Inderaputera       :  Sudahkan dinda bersedia untuk menerima lamaran kanda?

Dewi Rathna       :  Sudah! Walau apa pun berlaku  kanda tetap pujaan hati dinda…

V/o                      :   Ingatlah wahai anakandaku! Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang yang tidak dikenali kelak binasa hidupmu seumur hidup,peliharalah kerajaan ini seperti menjaga nyawamu didalam peperangan.Serulah azimat itu apabila lau memelukannya…

Dewi Rathna        :   Kenapa kanda kelihatan gusar..?

Inderaputera         :  Tidak ada apa-apa..

Tiba-tiba gong kerajaan berbunyi…


Pak Meroyot         :  Ada orang yang cuba memasuki kerajaan ini!

Inderaputera          :  Suruh pengawal tangkapnya..

Pak Meroyot          :  Pengawal sudah habis dibunuhnya….

Puteri Sinda           :  Kakandaku keluar! Pulangkan kerajaan ini semula…
Alam

Ratu Kesuma         :  Ada apa hajatmu kesini?
Alam

Puteri Sinda           :  Perjanjian kita sudah tamat!
Alam

Ratu Kesuma         :  Perjanjian apa?
Alam

Inderaputra            :  Apa yang telah berlaku?

Puteri Sinda           :  kau ialah anakandaku..kakakanda Kesuma telah memisahkan kita
Alam                         berdua! percayalah…

Ratu Kesuma         :  Usar percaya kata-katanya…datang tidak diundang datang kesini
Alam                         ingin menjadi perampas pula…dasar perampas…

Puteri Sinda           :  Berdebah! Jangan hanya menanam tebu di bibir…siapa yang datang
Alam                         tidak diundang,siapa yang perampas !

Ratu Kesuma         :  Diam! Pak Meroyot bunuh dia…
Alam 

Pak Meroyot hanya terdim kaku.. 

Ratu Kesuma         :  Ayuh!
Alam  

Pak Meroyot           :  Maafkan patik tuanku? sebenarnya Puteri Sinda Alam ialah bondamu,maafkan Pak Meroyot kerana merahsiaan perkara ini kepada tuanku beta!

Inderaputera            :  Jadi dikau bukan bondaku!

Ratu Kesuma           :  Akan aku hapuskan satu persatu daripada kalian….
Alam

Suasana disitu menjadi kelam-kabut apabila Ratu Kesuma Alam membaca azimat sakti dan Dewi Rathna telah diculik oleh Ratu kesuma Alam

Inderaputera               :  Pulangkannya kepada beta..Dewi Rathna!
                                        
Ratu Kesuma              :  Beta? Sungguh tinggi darjat itu…rasakan…
Alam

Inderaputera                :  Cis! Berdebah! kau mencabarku! Kau pengkianat!

Sound effect dimainkan
                                 
                                              Memuja
                                             Biar bertumpahan darah pewira selagi kerajaan ini terbela
                                        Darah dari keturunan nek moyang,
                                        Tempat bersemayam di Tasik Chini,
                                        Munculah dikau azimat sakti,
                                        Kuasanya hebat tiada tandingi!

Smoke machine dikeluarkan…

Ratu Kesuma                  :  Tidak mungkin….aku bersumpah akan ku hapuskan
Alam                                   keturunanmu…

Kelihatan Inderaputera baru sedar dari rasukakan tersebut…smoke machine dikeluarkan….

Puteri  Sinda                   :  Maafkan bonda anakku…bonda telah difitnah oleh kakanda
Alam                                  bonda bahawa bonda telah turun kebumi..sedangkan kakanda
                                                bonda sendiri telah turun ke bumi,sejak dari itu bonda telah
                                           di usir oleh ayahanda untuk ke bumi seketika sehingga 
                                           Ideraputera menjelang besar…

Dewi Rathna                   :  Jika begitu rupanya,benarlah kata ayahanda bahawa ada seorang puteri yang telah menghiruk-pirukkkan manusia di bumi…ampunkan patik tuanku…

Inderaputera                    :  Hajat anakanda bonda,anakanda ingin melamar Dewi Rathna lagipun kerajaannya sering diancami musuh…anakanda mecadangkan ingin menyatukan kerajaan ini bersama kerajaan Andra…

Dewi Rathna                    :  Sungguh mulia hati kanda….

Mereka semua tergelak dan pentas mula digelapkan

~TAMAT~

Cerita cerpen aq


Cerpen

Takdir telah memisahkan kita
‘Mak!,ayah!...tolong…gelapnya tempat ini…tempat apakah ini..’.Di kala itu tiada    seseorang pun yang mendengar jeritan batinku ini hanya pada rumputkah,semut-semut kecil yang mendengar jeritanku ini.Jantungku mulai berdetup-detap sambil mulutku tidak berhenti mengucapkan tasbih…

Tempat apakah ini?gelapnya..hanya bunyi cengkerik sahaja yang aku dengar diwaktu itu..bisik hatiku ini.Bau busuk..seperti bau bangkai manusia yang telah lama dibunuh!
Mereka bawa aku kemana? ‘Pak Cik..saya lapar..bunyi’ujarku kepada lelaki tersebut berdesing pipiku  ditampar oleh lelaki itu,air mataku bertakung dikelopak mataku..di kotak pemikirankuku hanya membayangkan wajah emak dan ayah.Barulah aku boleh bernafas kerana kain hitam dimukaku dibuka,baru sahaja menghirup udara segar tubuh badanku diikat sambil mulutku dililit oleh kain yang hapak,lalu dicampak keatas tilam nipis yang kusam dan berbau,perutku mulai memulas,ingin aku ke tandas namun tangan dan kakiku telah diikat.Tanpa disedari aku telah tertidur ditilam yang nipis ini.

‘Alah ayah orang dah besarlah..’dengan nada yang tinggi.Dengan ajakan rakan-rakan sebaya aku mulai bergaul bersama mereka,malumlah darah mudalah katakan,padahal umurku baru sahaja menjelang 12 tahun.Aku sungguh tidak perca bahawa pada tarikh 1 Febuari ini akan berlakunya perkara yang tida diduga.Dari jauh kelihatan sinar cahaya sebuah van menghampiri aku,hentakkan yang terkena dikepala membuatkan kepalaku mulai pening.Aku terus pengsan tanpa tidak menyedarkan diri.

Lenaku dalam mimpi,dakapan emak dan ayah yang aku rindui.Kakak dan abang tempatku bergurau senda.Mimpi-mimpi itu terhenti apabia aku mulai terasa basah di tilam yang nipis,rupa-rupanya aku terkencing akibat aku menahan kencing semalam,bau hanya sehinggakan aku termuntah di tilam itu,.Suara yang garau membuat aku takut dan meninggal trauma bagiku.Lelaki itu datang kearahku apabila mendengar aku muntah.

Emak..Ayah…
Aku menangis…

‘Diam!’tegas lelaki bersuara garau itu

Pipiku ditumbuk oleh lelaki bersuara garau itu.Aku menjerit kesakitan.Mengalir darah dibibir tebalku ini.Aku masih kecil kenapa dipukul tubuhku ini yang tidak terdaya.Lemah dan tidak berdaya seluruh tubuhku ini upama kebas digigit semut.Diriku terasa terawang-awang bagaikan pijak bumi tak terasa.

Lama aku dibiarkan.Sehinggakan aku tidak dapat melihat matahari,bulan dan bintang lagi setelah mataku ditutup oleh kain hitam.Mujurlah aku dapat mendengar hujan yang sangat.Bunyi petir yang berdetum-detam


‘Angkat budak ini’kedengaran suara lekai bersuara garau itu lagi.Perutku mulai  keroncong.

Pakaianku direntap,tubuh kecilku digoncang-goncang.Aku meraung kesakitan yang teramat.Bahagian bawahku dimasukan sesuatu barang yang aku tidak mengerti.Rasa pedih,amat sakit yang aku tidak tahu.Berkali-kali aku diperlakukan sebegitu sehingga aku tidak mampu menahannya lagi kerana aku masih kecil.

Kali ini aku langsung tidak terdaya untuk mengangkat tubuhku ini.Ibarat bang yang tidak bernyawa.Nafasku semakin lemah dan lemah.Hanya mataku mampu melihat dan telingaku mendengar gelak ketawa lelaki itu.Kali ini aku tidak dapat rasa kesakitan itu lagi kerana aku telah dibawa oleh seseorang ketempat yang sanggat indah.

‘Emak,ayah,abang,akak…adik saya semua..’kenapa mereka tidak mendengar suara aku?

Wajah putih berseri memandang kearahku lalu tersenyum manis.Hilang rasa kesakitanku,luput rasa ketakutanku.Aku mengikutnya trbang dilangit yang luas.Aku pandang karah bawah,masih melihat tubuhku disiksa oleh lelaki itu.Lelaki itu menghempaskan tubuh ku ke tanah.Aku sedih melihat tubuhku diperlakukan sebegitu.

Beg plastik hitam itu ditingglkan tubuh kecilku didalam rumah itu.Organ-organ kecikku   telah diambil olehnya.Pasti ada insan yang tak sanggup melihat diriku yang dilakukan dengan sebegitu tragis…..kejam…..ngeri…..

Emak dan ayah meraung melihat tubuhku dibelengu oleh ulat-ulat sampah di tubuh kecilku.Walaupun air mata darah keluar di mata mereka,namun ia tidak dapat menghidupkan diriku.

‘Mak…ayah…akak..abang! maafkan adik,adik kena pergi jauh nanti emak,ayah ikut adik ya..nanti adik tunggu kat sana’

Aku melambai dari jauh,terpaksa aku meningalkan mereka,meskipun aku amat rindu padanya,tapi apakan daya ini sudah dinamakan  takdir didalam hidupku…