SINOGRAFI TEATER
Terdapat beberapa elemen-elemen teater didalam dunia
sinografi antaranya ialah
1.
reka bentuk, rekacipta, rekaan artistik, latarhias,
tatahias, tatacahaya, seni rupa, kostum; banyak lagi penamaan dan terminologi
muncul dalam arena seni persembahan untuk menerangkan rekaan visual yang dapat
dilihat dalam produksi seni persembahan seperti teater, tari, muzikal dan
muzik. Di antara terminologi yang ada, sinografi adalah merupakan terminologi
yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang
dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum,
pencahayaan, susunatur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah
persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang
dapat dilihat di dalam panggung tersebut.
2.
Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidah cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makan sesebuah persembahan.
3.
Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak kewujudan teater di zaman Greek dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi telah berlumba-lumba merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan teater. Konsep sinografi secara keseluruhannya belum pernah diaplikasikan kepada dunia seni persembahan di Malaysia, justeru itu projek ini ingin mengorak langkah sebagai projek perintis memperkenalkan sinografi sebagai satu elemen yang penting dalam penerbitan sesebuah persembahan.

4.
Projek ini akan menekankan disiplin sinografi seperti kajian terhadap ruang, naskah (skrip), dramaturgi, warna dan komposisi, pengarahan, aktor serta khalayak (audien) dengan menggunakan teknik dari naskah ke ruang. Projek ini ingin menguji sejauhmana berkesannya sinografi dalam sesebuah pementasan teater, adakah elemen-elemen sinografi ini boleh membantu penerbitan sesebuah produksi teater di negara ini.

No comments:
Post a Comment